Saturday 29 October 2011

C++ Pengaturcaraan Berstruktur

Minggu sebelum ni kami belajar Proses Pengaturcaraan, minggu ni kami belajar sesuatu yang makin mencabar iaitu Pengaturcaraan Berstrruktur @ Struktur Logik. Ape yang pasti ade 3 struktur :Jujukan, Pilihan dan Pengulangan @ Gelungan. Secara mudahnye struktur jujukan secara liner @rutin hanye berlaku sekali saje..Struktur pilihan pulak  ade 3 bentuk iaitu if @tunggal, if-else @ dwi pilihan dan if-else-if @ multi pilihan..struktur pilihan ni juga melibatkan syarat yang ditetapkan ( pengaturcara )..andai syarat itu benar maka kenyataan itu akan di laksanakan..andai sebaliknya iaitu syarat palsu maka kenyataan yang seterusnya akan dilaksanakan..Struktur pengulangan melibatkan 3 bentuk gelung mengikut bahasa C++ iaitu while, do while dan for..struktur jujukan dan pilihan melaksanakan rutin sekali saje TAPI struktur pengulangan melaksanakan rutin (yg same ) lebih dari sekali tanpa menulis kod aturcara yang berulang kali..contoh2 sila tengok nota atau cari kat internet..nilah yang saye faham serba sikit tentang pengaturcaraan berstruktur.Harap betul la..

Friday 28 October 2011

kuiz c++

Minggu ni kami dah maklum memang akan ade kuiz C++..Ape yang Puan Nuzulla minta kami baca, memang kami baca, tapi almaklumlah kali petama menempuhnya, lain dibaca,lain fahamnye maka lain lah yang dijawabnye..moralnya di sini banyakkan baca, banyakkan bertanye, banyakkan latihan dan banyakkan juga perbincangan dengan kawan2 mudah-mudahan kite lebih faham.. Moga ujian akan datang kami akan lulus dan setidak-tidaknye adelah peningkatan..amin. Doakan kami.

Wednesday 12 October 2011

c++?

Pertama kali mendengarnya memang belum faham ape,apatah lagi jatuh cinta,tapi kuatkan juga semangat,maklumlah datang kelas niat nak cari ilmu kan..alhamdulillah bila dengar penerangan dari Puan Nuzulla barulah terbayang ape tu c++..rupenya bahasa pengaturcaraan komputer..ade kod sudo dan carta alir. Secara mudahnya yang saya faham, c++ ni nak mudahkan bahasa manusia dengan bahasa komputer.Mmm kalau salah maaflah ye,saya budak baru belajar kalau salah tolonglah ajar.terima kasih.